Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Masalah teknikal: Jemaah haji KT051 akan berlepas ke Jeddah awal pagi esok
  • NASIONAL

Masalah teknikal: Jemaah haji KT051 akan berlepas ke Jeddah awal pagi esok

Utusan Sarawak 5 hours ago

MAKKAH: Sebanyak 278 jemaah haji Malaysia bagi penerbangan KT051 yang mendarat di Muscat, Oman, susulan isu teknikal pesawat dijadual meneruskan perjalanan ke Jeddah awal pagi esok dengan menaiki pesawat alternatif.

Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataan malam tadi memaklumkan, penerbangan  yang disediakan AMAL by Malaysia Airlines itu dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Muscat pada 6 Mei, 3.00 pagi (waktu Oman).

Penerbangan itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah pada 5.10 pagi waktu Arab Saudi, hari yang sama.

Menurut TH, semua jemaah yang terlibat telah diberikan makanan dan minuman sebelum dibawa ke hotel penginapan untuk berehat sementara menunggu waktu pelepasan.

“Petugas daripada pihak AMAL by Malaysia Airlines juga telah ditugaskan untuk berada di lapangan terbang berkenaan dengan kadar segera bagi memantau keadaan semasa serta memastikan kebajikan jemaah sentiasa terpelihara,” menurut kenyataan itu.

Pesawat MH8110 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Jeddah terpaksa melakukan pendaratan di Muscat pada 4.11 petang semalam waktu tempatan susulan isu teknikal.

TH sebelum ini memaklumkan pendaratan itu dibuat sebagai langkah keselamatan standard, dan semua jemaah berada dalam keadaan baik serta tidak terjejas.- Bernama

Continue Reading

Previous: KPDN sediakan kemudahan pendaftaran SKDS secara dalam talian dan fizikal
Next: Saya tidak ada apa-apa untuk disembunyikan – Rafizi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.