Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Masalah tekanan air di Batu 10 selesai selepas dua tahun
  • Selatan
  • WILAYAH

Masalah tekanan air di Batu 10 selesai selepas dua tahun

Utusan Sarawak 11 hours ago
LO khere chiang membuka paip air.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kitang, Dato Ir Lo Khere Chiang, meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Sarawak Water berhubung kelewatan selama dua tahun dalam menyelesaikan masalah tekanan air rendah yang menjejaskan 12 unit rumah kedai di Batu 10.

Bercakap pada sidang media bersama pemimpin masyarakat dan peniaga terjejas, Lo berkata masalah tersebut hanya diselesaikan selepas tekanan diberikan kepada agensi berkenaan bulan lalu.

“Hanya selepas kami berjumpa dengan Sarawak Water dan mengetuk meja, barulah tindakan diambil. Lebih mengejutkan, ia hanya mengambil masa seminggu untuk diselesaikan selepas itu,” katanya.

Beliau berkata, pelbagai aduan telah dikemukakan selama dua tahun oleh peniaga, pemimpin masyarakat serta dirinya sendiri, namun tiada tindakan berkesan diambil sehingga baru-baru ini.

Lo berkata daripada sekitar 300 rumah kedai di kawasan tersebut, hanya satu deretan di tengah kawasan berkenaan yang terjejas teruk dengan masalah bekalan air.

“Peniaga terpaksa mengumpul air sepanjang masa untuk keperluan asas seperti mandi dan memasak. Keadaan ini tidak boleh diterima,” katanya.

DATO Lo Khere Chiang pada sidang media bersama  pemimpin komuniti dan pemilik kedai di Batu 10 hari ini.

Beliau turut melahirkan rasa kecewa terhadap kelewatan penyelesaian masalah itu yang disifatkan tidak sepatutnya berlaku.

“Ini kawasan saya dan saya wakil rakyat di sini. Saya rasa malu kerana perkara asas seperti ini mengambil masa sehingga dua tahun untuk diselesaikan. Ia hanya melibatkan pemasangan paip enam inci yang lebih besar dan sambungan kepada paip sedia ada,” katanya.

“Tiada alasan untuk kelewatan ini. Perkara seperti ini tidak sepatutnya dibiarkan berlarutan,” tambahnya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa setiap aduan rakyat perlu ditangani segera serta menggesa agensi utiliti termasuk air, elektrik dan telekomunikasi supaya lebih proaktif dalam menyelesaikan masalah.

PENGHULU Lim Eng Huat, pemilik kedai Lee muk Chong dan Kapitan Lim Eng Kok.

Beliau turut membandingkan isu sama di Bunga Rampai dan RPR Landeh, namun menjelaskan kawasan tersebut masih menerima bekalan air pada waktu malam, berbeza dengan Batu 10 yang mengalami gangguan lebih teruk.

“Di sana masih ada air pada waktu malam, tetapi di sini, separuh hari langsung tiada bekalan air,” katanya.

Lo hadir bersama Penghulu Lim Eng Huat, Kapitan Lim Eng Kok, Ahli Majlis Lim Lian Kee, Gerald Goh dan Alvin Chong serta peniaga terjejas.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: ‘Wira Merah’ Zon Samarahan hayati pengorbanan dalam sambutan Hari Anggota Bomba 2026
Next: Gereja St Ann terima peruntukan RM100,000 bina parkir baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.