Gereja St Ann terima peruntukan RM100,000 bina parkir baharu

Facebook
WhatsApp
DATO Lo Khere Chiang menyerahkan cek RM100,000 kepada Paderi Don Don bagi pembinaan tempat letak kereta di Gereja St Ann.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato Ir Lo Khere Chiang memperuntukkan RM100,000 di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi pembinaan tempat letak kereta baharu di Gereja St Ann di sini.

Beliau berkata, projek berkenaan bertujuan meningkatkan akses, keselamatan serta kemudahan kepada ahli gereja dan pengunjung, khususnya semasa perhimpunan serta upacara keagamaan.

“Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam mempertingkatkan kemudahan komuniti serta memenuhi keperluan masyarakat setempat,” katanya.

Oleh Connie Chieng

UTS rancang tawar program ijazah perubatan

SIBU, 14 November: Universiti Teknologi Sarawak (UTS) berhasrat memperkenalkan program ijazah perubatan bagi memperluas penawaran akademiknya, sekali gus menyumbang kepada