Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Masalah liputan internet Kampung Asajaya Laut diberi perhatian segera
  • Selatan
  • WILAYAH

Masalah liputan internet Kampung Asajaya Laut diberi perhatian segera

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATUK Rubiah Wang mendengar taklimat daripada wakil SKMM dan syarikat telekomunikasi ketika meninjau masalah capaian internet di Kampung Asajaya Laut.

ASAJAYA: Masalah capaian internet dan liputan telekomunikasi yang lemah di Kampung Asajaya Laut mendapat perhatian segera apabila Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang turun padang meninjau sendiri keadaan di kawasan tersebut hari ini.

Lawatan itu diadakan sejurus selesai sesi perbincangan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), SACOFA serta syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi berhubung isu kelemahan rangkaian di kawasan Parlimen Kota Samarahan.

Menurut beliau, pemantauan di lapangan amat penting bagi membolehkan semua pihak melihat sendiri tahap kelemahan signal serta masalah liputan internet yang dihadapi penduduk setempat.

“Kita tidak mahu hanya mendengar laporan di atas kertas, sebaliknya mahu turun sendiri ke kawasan terjejas supaya tindakan penyelesaian dapat dibuat secara lebih tepat dan berkesan,” katanya.

DATUK Rubiah Wang berbincang bersama pegawai dan wakil agensi berkaitan mengenai langkah penambahbaikan liputan telekomunikasi di kawasan terjejas.

Hasil tinjauan mendapati masih terdapat beberapa kawasan yang mengalami capaian internet lemah dan tidak stabil sehingga menjejaskan urusan harian masyarakat.

Beliau berkata, keadaan itu bukan sahaja memberi kesan kepada komunikasi penduduk, malah turut menjejaskan urusan pendidikan, aktiviti ekonomi serta akses kepada perkhidmatan digital yang kini menjadi keperluan utama rakyat.

Datuk Rubiah turut menegaskan supaya semua pihak berkaitan mengambil tindakan susulan segera termasuk memperkukuhkan infrastruktur telekomunikasi dan menambah baik liputan rangkaian di kawasan yang dikenal pasti bermasalah.

DATUK Rubiah Wang bergambar bersama pegawai SKMM, SACOFA, syarikat penyedia telekomunikasi serta penduduk selepas sesi tinjauan di Kampung Asajaya Laut.

“Rakyat di kawasan luar bandar dan pesisir juga berhak menikmati kemudahan komunikasi yang baik, stabil dan berkualiti seperti kawasan lain,” ujarnya.

Beliau berharap kerjasama erat antara kerajaan, SKMM, SACOFA dan syarikat penyedia telekomunikasi dapat terus diperkukuhkan demi memastikan penduduk di Parlimen Kota Samarahan menikmati capaian internet yang lebih pantas, stabil dan menyeluruh selaras dengan perkembangan teknologi semasa.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: KPDN, PDRM perkukuh kerjasama bendung penyelewengan barang kawalan di Lubok Antu
Next: Wanita cedera diserang anjing disyaki rabies di Stutong Sama Jaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.