BEKAS penyerang Arsenal, Kevin Campbell mengkritik The Gunners kerana belum mengambil keputusan mengenai masa depan kapten pasukan, Pierre-Emerick Aubameyang bersama kelab berkenan.
Penyerang kebangsaan Gabon akan tamat kontrak di Emirates pada musim panas akan datang dan belum lagi bersetuju dengan syarat baharu, sekalipun pengurusnya, Mikel Arteta yakin bahawa Aubameyang akan kekal di Utara London itu.
Bagaimanapun, Campbell yang menjaringkan 46 gol dalam 228 penampilan bersama Arsenal, meluahkan perasaan tidak puas hati dengan cara Gunners menguruskan situasi berkenaan dan berpendapat harus mengikat Aubameyang dengan kontrak baharu yang drastik.
Bercakap kepada talkSPORT, Campbell berkata : “Saya fikir Arsenal masih menantikan masa terbaik.
“Mereka sudah bermain dan berjuang untuk layak dalam saingan Liga Juara-Juara jadi ia sudah pasti mendesaknya untuk menurunkan tanda tangan, tapi ia seperti tidak berlaku pada musim ini.
“Kelab ini bergerak dengan perlahan dalam kecenderungan untuk perpindahan, mereka terus meletakkan diri mereka dalam situasi sukar dan ia tidak betul, peminat akan kecewa mengenainya.
“Saya fikir Aubameyang berhak membuat keputusannya dan kini bergantung kepada Arsenal untuk melakukan sebarang tindakan dan membuktikannya mereka benar-benar serius.
“Sebagai peminat Arsenal saya mahu dia kekal, sudah tentu saya mahu, tapi jika saya Aubameyang, saya sudah berada di Arsenal dalam tempoh lama dan mereka seolah kurang serius,” katanya.-AFP