PETRA JAYA, 14 Oktober: Kuching City FC dan Kitchee SC menjalani latihan terakhir di Stadium Taha Ariffin, petang tadi, sebagai persiapan menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL Two), esok.

Kuching City berusaha bangkit selepas tewas 1-2 kepada Phnom Penh Crown FC, manakala Kitchee hadir dengan bekalan satu mata selepas seri 0-0 menentang Gangwon FC. Kedua-dua pasukan kini memburu keputusan positif dalam aksi Kumpulan H itu.
Oleh Afiq Sallehi





