Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Masa depan Arne Slot di hujung tanduk, Liverpool terus suram
  • SUKAN

Masa depan Arne Slot di hujung tanduk, Liverpool terus suram

Utusan Sarawak 6 hours ago

Masa depan Arne Slot bersama Liverpool kini menjadi tanda tanya. Foto AFP

LIVERPOOL: Masa depan Arne Slot kini dalam bahaya selepas Liverpool dibelasah Paris Saint-Germain sekali gus tersingkir dari Liga Juara-Juara UEFA.

Dua gol Ousmane Dembele memastikan PSG menang 2-0 di Anfield, melengkapkan kemenangan agregat 4-0 tanpa perlu beraksi pada tahap sebenar.

Lebih perit, karier gemilang Mohamed Salah di Anfield dijangka berakhir suram apabila beliau bakal meninggalkan kelab lebih awal, selepas hanya memanaskan bangku simpanan dalam kedua-dua perlawanan menentang PSG.

Musim Liverpool terus dibayangi tragedi pemergian Diogo Jota selain prestasi hambar di atas padang yang kini meletakkan kedudukan Slot di ambang pemecatan.

Turut mengumumkan perpisahan ialah Andy Robertson, meninggalkan hanya beberapa tonggak lama seperti Virgil van Dijk, Alisson Becker dan Joe Gomez daripada skuad juara Eropah 2019.

Meskipun berbelanja besar membawa masuk nama seperti Alexander Isak, Florian Wirtz dan Hugo Ekitike, Liverpool tetap longlai dengan masalah kecederaan serta kekurangan kedalaman skuad.

Hugo Ekitike mengalami kecederaan Achilles yang disyaki serius. – Foto AFP

Kini, sasaran realistik buat The Reds hanyalah mengesahkan tempat dalam kelompok empat atau lima teratas Liga Perdana Inggeris bagi layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Pada masa sama, nama Xabi Alonso mula dilaungkan penyokong sebagai calon pengganti jika Slot dipecat. – AFP

Continue Reading

Previous: Liek Hou terima durian runtuh RM20,000 selepas rangkul gelaran juara dunia terbanyak
Next: Piala Thomas 2026: Malaysia ‘kuda hitam’ di Denmark – Zii Jia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.