Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Marudi Classic 2025 tonjol keunikan, warisan tempatan
  • Utara
  • WILAYAH

Marudi Classic 2025 tonjol keunikan, warisan tempatan

Utusan Sarawak 1 month ago
GAMBAR hiasan

MARUDI: Program ‘Marudi Classic’ 2025 merupakan kerjasama strategik antara Pejabat Daerah Marudi dan Masterpiece Cycling Club dengan sokongan penuh daripada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak.

Pegawai Pentadbiran Sarawak (SAO) Pejabat Daerah Marudi, Edwin Reagan berkata, acara ini adalah satu perlumbaan basikal ikonik dan dirancang untuk menonjolkan keunikan serta warisan tempatan melalui elemen tradisi dan keunikan alam sekitar.

Seramai 100 peserta terlibat dalam acara ini yang melibatkan peserta dari Brunei Darulssalam (23 peserta), Bintulu (sembilan peserta), Kuching (15 peserta), Lawas (lima peserta), Marudi sebagai tuan rumah (dua peserta), Miri (42 peserta), Sabah (dua peserta), Saratok (seorang) dan Sarikei (seorang).

‘Marudi Classic’ dijadualkan pada 27 April ini dan perlumbaan akan dilepaskan pada 8.00 pagi.

Program ini disokong oleh kerajaan Sarawak dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Lelaki Terbuka yang berusia 18 hingga 39 tahun (49 peserta), Lelaki Master, berusia 40 hingga 49 tahun (22 peserta) dan Lelaki Veteran, 50 tahun ke atas (29 peserta).

Jumlah kayuhan adalah sejauh 62 kilomter bermula dari Dataran Marudi/Jalan Merdeka/Jalan Kampung Cina/Jalan Muhibbah/Jalan Puyok/Jalan Lubok Nibong/Jalan Puyok/Jalan Muhibbah/Jalan Kampung Cina/Jalan Kapitan Lim Ching Kiat dan tamat di hadapan Pejabat Daerah Marudi.

Dalam pada itu, hadiah bagi ketiga-tiga kategori masing-masing akan menerima RM500 (juara) RM400 (naib juara), RM300 (ketiga) RM200 (keempat) dan bagi tempat kelima dan keenam menerima RM100.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jambatan Sungai Kuhas dijangka siap Jun ini
Next: Tabung Baitulmal Sarawak laksanakan usaha tanpa henti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.