Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Maritim tahan bot asing bawa muatan minyak di Kuala Kemena
  • JENAYAH

Maritim tahan bot asing bawa muatan minyak di Kuala Kemena

Utusan Sarawak 7 months ago

TUMPAS... Bot yang membawa muatan minyak ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu selepas gagal mempamerkan dokumen perkapalan yang sah dalam satu pemeriksaan pada kedudukan 9.7 batu nautika barat laut Kuala Kemena, Bintulu petang semalam.

BINTULU: Sebuah bot yang membawa muatan minyak ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu selepas gagal mempamerkan dokumen perkapalan yang sah dalam satu pemeriksaan pada kedudukan 9.7 batu nautika barat laut Kuala Kemena, Bintulu petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata, penahanan dibuat semasa kapal Maritim Malaysia sedang menjalankan rondaan rutin dalam Operasi Permai 01/2019, Operasi Naga Timur, dan Operasi Tiris 3.0. 

Katanya, pemeriksaan mendapati bot tersebut dikendalikan oleh tiga kru warga Indonesia, termasuk seorang nakhoda, yang berusia antara 22 hingga 47 tahun.

“Bot itu disyaki melanggar Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana gagal mempamerkan Lesen Perkapalan Saudagar (DSL) dan sebarang dokumen sah ketika pemeriksaan dijalankan. 

“Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum satu tahun, atau kedua-duanya sekali.

“Vesel dan kesemua kru kini ditahan di Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk siasatan lanjut oleh pegawai penyiasat Maritim Malaysia,” katanya dalam kenyataan. 

Continue Reading

Previous: Lelaki ditahan, dadah RM86,051 dirampas
Next: Usaha bawa balik lima anak Sarawak terkandas di Kemboja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.