Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup 1,170 karton arak bernilai RM221,000
  • JENAYAH

Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup 1,170 karton arak bernilai RM221,000

Utusan Sarawak 2 hours ago
 ANGGOTA Maritim Malaysia Zon Miri memeriksa timbunan 1,170 karton minuman keras yang dipercayai cuba diseludup masuk ke pasaran tempatan selepas ditemukan di kawasan berhampiran Jeti Limbang dalam operasi penguatkuasaan malam tadi.

MIRI: Agensi Penguatkuasaan Maritim (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri berjaya mematahkan cubaan menyeludup 1,170 karton minuman keras bernilai lebih RM221,000 di perairan Limbang malam tadi.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, kejayaan tersebut hasil maklumat risikan yang diperoleh pihaknya dalam usaha membanteras aktiviti penyeludupan di kawasan berkenaan.

Menurut beliau, sebuah bot ronda yang melaksanakan operasi pemantauan rutin berjaya mengesan dan merampas barangan seludup itu sekitar 10.15 malam pada kedudukan 0.1 batu nautika dari barat Jeti Limbang.

 ANGGOTA Maritim Malaysia Zon Miri memeriksa timbunan 1,170 karton minuman keras yang dipercayai cuba diseludup masuk ke pasaran tempatan selepas ditemukan di kawasan berhampiran Jeti Limbang dalam operasi penguatkuasaan malam tadi.

“Hasil pemeriksaan menemukan 1,170 karton minuman keras berbalut plastik hitam yang disembunyikan secara tersusun dan rapi dengan nilai anggaran rampasan mencecah lebih RM221,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, minuman keras berkenaan dipercayai ditinggalkan penyeludup yang melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Katanya, kesemua barang rampasan dipercayai untuk diseludup bagi kegunaan pasaran tempatan susulan permintaan tinggi menjelang musim perayaan.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menjadikan perairan negara sebagai laluan atau sarang penyeludupan haram,” tegasnya.

Siasatan awal mendapati rampasan tersebut dipercayai berkait dengan aktiviti penyeludupan arak dari negara jiran yang melanggar peruntukan Akta Kastam 1967.

Kesemua barang rampasan dibawa ke Kompleks Ibu Pejabat Maritim Zon Miri untuk proses dokumentasi dan laporan polis sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia bagi tindakan lanjut.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Hilux dicuri selepas pemilik tinggalkan enjin hidup di Batu 3
Next: PDRM siasat dakwaan Jho Low hadiri mesyuarat rahsia di Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.