Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • MARDI lancar empat produk inovasi makanan
  • BISNES

MARDI lancar empat produk inovasi makanan

Utusan Sarawak 5 years ago

SERDANG, 27 Ogos -- Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ahmad Hamzah (tiga, kiri) melawat hasil penyelidikan lemang oleh Mardi pada Majlis Sesi Uji Rasa Media Bersama Mardi dan Majlis Pelancaran Empat Produk Inovasi Makanan Hasil Penyelidikan Mardi di Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Makanan Ibu Pejabat Mardi hari ini. Turut kelihatan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Datuk Zainal Azman Abu Seman (empat, kiri) dan Ketua Pengarah Mardi Datuk Dr Mohd Roff Mohd Noor (dua, kiri). --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

TIMBALAN Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ahmad Hamzah (tiga, kiri) melawat hasil penyelidikan lemang oleh Mardi pada Majlis Sesi Uji Rasa Media Bersama Mardi dan Majlis Pelancaran Empat Produk Inovasi Makanan Hasil Penyelidikan Mardi di Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Makanan Ibu Pejabat Mardi. • Foto BERNAMA

SERDANG: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) baru-baru ini melancarkan empat produk inovasi makanan termasuk keropok lekor yang mampu kekal lembut dan rangup biarpun sudah sejuk selepas beberapa jam digoreng.

Tiga lagi produk yang dilancarkan MARDI ialah pracampuran tepung perata tanpa gluten dari ubi kayu dan bayam; pemanis mulut  bebas laktosa dari ubi keledek ungu bersama santan sawit;  dan sup ikan talapia merah dengan cendawan yang tinggi protin.

  Pegawai penyelidik kanan MARDI, Nor Salasiah Mohamed berkata teknologi inovasi keropok lekor sejuk beku berkenaan yang bernilai RM20,000 dihasilkan MARDI  melalui penyelidikan selama dua tahun.

  “Selain rasa ikan yang lebih ketara, teknologi inovasi keropok lekor MARDI turut mengatasi masalah keropok lekor yang keras dan liat apabila sejuk,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran itu.

Setakat ini, Salasiah berkata, dua pengusaha keropok lekor iaitu Rara Lekor, dan KLOG atau Keropok Lekor Orang Ganu sudah membeli teknologi inovasi keropok lekor MARDI itu.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ahmad Hamzah yang melancarkan keempat-empat produk itu di MARDI di sini berkata penyelidikan yang dijalankan MARDI akan membolehkan usahawan tempatan meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa.

 “MARDI telah banyak hasilkan  penemuan yang berjaya. Usahawan  perlu bekerjasama dengan MARDI  dalam menghasilkan penemuan baharu dalam penyelidikan makanan,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: MAHB catat kerugian bersih RM91 juta
Next: 150 ahli koperasi sertai bicara ilmu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.