Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Mangsa kebakaran terima bantuan
  • Utara
  • WILAYAH

Mangsa kebakaran terima bantuan

Utusan Sarawak 7 months ago

BANTU... Menteri Pengangkutan,  Dato Sri Lee Kim Shin (dua kanan) menyampaikan bantuan keperluan asas kepada mangsa kebakaran di Miri.

MIRI: Tiga beranak yang kehilangan tempat tinggal selepas rumah mereka di Kampung Senadin Jaya di sini semalam, menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Miri dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) cawangan Miri.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin yang melawat mangsa mengucapkan terima kasih atas  bantuan segera daripada agensi berkenaan.

“Apabila mendengar kejadian itu, saya segera meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat dan BSMM Miri menguruskan beberapa keperluan asas untuk mangsa.

“Saya juga telah mengaturkan bantuan kewangan dari Pusat Khidmat Senadin saya kepada mangsa untuk membantu mereka dalam masa sukar ini,” katanya.

Turut hadir semasa penyerahan bantuan ialah Penghulu Ngadan Melintang; Ketua Balai Bomba Lutong Henry Jugah dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Miri dan BSMM Miri.

Continue Reading

Previous: 2,000 hektar projek kilang, tanaman kenaf di Segading
Next: Bomba pantau kawasan berisiko banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.