Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Mangsa kebakaran Kampung Hilir Sibu terima pelbagai bantuan
  • Tengah
  • WILAYAH

Mangsa kebakaran Kampung Hilir Sibu terima pelbagai bantuan

Utusan Sarawak 7 months ago

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah

SIBU: Kerajaan Sarawak telah menyalurkan pelbagai bantuan termasuk wang tunai keseluruhannya berjumlah RM149,750 kepada mangsa kebakaran di Kampung Hilir di sini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata bantuan yang disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah termasuk bantuan awal yang diagihkan kepada 142 mangsa, sehari selepas kejadian itu.

Beliau berkata kebakaran yang berlaku pada 22 Sept lepas membabitkan 17 unit rumah dengan 15 daripadanya musnah sepenuhnya.

“Bantuan awal seperti makanan kering, peralatan dapur dan kelengkapan tidur telah diberi kepada ketua isi rumah di pusat pemindahan sementara (PPS). 

“Hari ini kita beri bantuan wang saku, pakaian harian, pakaian dan peralatan sekolah,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan cek bantuan bencana kepada mangsa kebakaran di sini hari ini. 

Beliau berkata peruntukan tersebut juga termasuk bantuan bahan binaan bernilai RM5,000 untuk setiap pemilik rumah yang 100 peratus musnah dalam kejadian itu. — BERNAMA 

Continue Reading

Previous: Produk tempatan makanan, kraf tangan mampu tarik perhatian
Next: 73 JKKK, PIBG di Sarikei terima geran untuk MRP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.