Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kemaskini: Mangsa jatuh laut ditemui, mayat sudah tiba di Hospital Sarikei
  • KEMALANGAN

Kemaskini: Mangsa jatuh laut ditemui, mayat sudah tiba di Hospital Sarikei

Utusan Sarawak 4 months ago

SUASANA SEDIH....Mayat mangsa tiba di Hospital Sarikei untuk tindakan selanjutnya. Foto PGO Bomba Sarawak 

TANJUNG MANIS: Mangsa jatuh dari kapal di muara Rajang sejak 1 Januari lalu telah ditemui oleh nelayan tempatan Kampung Sungai Murong, Daerah Kabong, di hari kelima operasi mencari dan menyelamat (SAR), pagi tadi. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Mustafpa Abdullah @ Moses Mleng, 65. 

“Pada jam 11.50 pagi, pasukan SAR menerima maklumat dari keluarga mangsa bahawa mayat mangsa telah dijumpai nelayan tempatan Kampung Sungai Murong, Daerah Kabong.

“Mayat telah di bawa ke Hospital Sarikei dan pengesahan akan dibuat oleh pasukan SAR,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Tambahnya, pasukan SAR bertolak dari terminal Maritim menaiki bot Maritim untuk pengecaman mayat mangsa bersama Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Gilbert Tinggak Numpang ke Hospital Sarikei pada jam 2.40 petang. 

Katanya, mayat mangsa yang dihantar oleh pihak polis dari Kabong telah tiba di Hospital Sarikei sebentar tadi untuk tindakan selanjutnya. 

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Operasi ditangguh ke esok, mangsa jatuh laut belum ditemui
Next: Lelaki cedera selepas kereta dipandu jatuh cerun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.