Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Mangsa banjir kawasan Hilir Marudi terima 428 pek makanan
  • Utara
  • WILAYAH

Mangsa banjir kawasan Hilir Marudi terima 428 pek makanan

Utusan Sarawak 3 months ago
SIMBOLIK… Pegawai Daerah Marudi, Rose Edward Tarang menyampaikan bantuan makanan kepada Tuai Rumah James Ansi, Sg Buloh Bakong.

MARUDI: Sebanyak 428 pek makanan dihantar kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan Hilir Marudi daripada pejabat Kebajikan Masyarakat daerah Marudi, hari ini.

Sumbangan makanan tersebut dihantar menggunakan bot, dan kawasan yang menerima bantuan tersebut ialah Rumah (Rh.) Chabob,Lubok Amam sebanyak 18 pek, Rh. Glingkong Sungai Teraja (82 pek), Rh. George Ijus, Sg. Kejaman Pengelayan (156 pek) dan, SK Pengelayan (42 pek).

Turut menerima bantuan, Rh. Frederick, Asam Paya Ulu (42 pek), Rh. Asam, Sg Pedada (26 pek), Rh. Budin, Asam Paya Hilir (40 pek), dan Rh. Mekal, Kampung Baru Sg Putat (22 pek).

Penyerahan sumbangan dilaksanakan seramai 22 orang terdiri daripada seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Marudi, bomba (dua orang), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA – dua orang), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM – dua orang), dan dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Turut hadir pada majlis penyerahan bantuan, Pegawai Daerah Marudi Rose Edward Tarang dan Pegawai Pentadbiran pejabat daerah Marudi Edwin Reagan.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BBP Marudi terima stesen janakuasa solar sumbangan LC1010 Club Malaysia   
Next: Misi terakhir hantar bantuan makanan ke Ulu Anap dilaksana hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.