Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Mangsa banjir di Sarawak meningkat, Johor dan Perak kekal malam ini
  • SEMASA

Mangsa banjir di Sarawak meningkat, Johor dan Perak kekal malam ini

Utusan Sarawak 4 months ago

Keadaan banjir di Jalan Lukut, Penyulau, di Kanowit kelmarin.

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat manakala di Johor dan Perak kekal setakat 8 jam malam tadi.

Di Sarawak, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 42 orang daripada 22 keluarga berbanding 20 orang daripada 13 keluarga, petang tadi.

Kesemua mereka dari Rumah Leo dan Rumah Alice Jimmy ditempat di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kompleks Sukan Kanowit di daerah Kanowit.

Di Johor, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani memaklumkan jumlah mangsa banjir kekal dengan 230 orang daripada 72 keluarga yang berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Melayu Raya, Pontian serta Dewan Serbaguna Kahang dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kahang, Kluang.

Sementara itu, di Perak, jumlah mangsa banjir kekal 31 orang daripada sembilan keluarga dari Kampung Padang Serai, Kampung Kasi dan Kampung Pengkalan Damar, Manjung, yang ditempatkan di PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai, Beruas, setakat jam 8 malam.- Bernama.

Continue Reading

Previous: PERKEP Kontinjen Sarawak komited perkasa pendidikan anak-anak
Next: 500 tan metrik kelapa dibawa masuk setiap bulan bermula Februari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.