Henry B Siyu
MUKAH: Orang ramai seharusnya mengambil kesempatan masa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) ini untuk melakukan aktiviti yang positif bersama keluarga.
Anataranya, menurut Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, ialah sesuatu aktiviti yang boleh mempereratkan lagi hubungan keluarga.
“Seperti mana yang kita semua sedia maklum dengan PKP ini, keseluruhan ahli keluarga berada di rumah. Manfaatkanlah masa itu untuk perkara yang boleh mempereratkan lagi hubungan keluarga ‘Family Bonding’. Seperti membuat kueh dan sebagainya yang boleh menyumbang ke arah memantapkan institusi keluarga, “ katanya.
Dan selain itu, tambahnya, mereka juga boleh menggunakannya untuk aktiviti agama di dalam keluarga dan juga pendidikan untuk anak-anak.
“Sambil mematuhi arahan PKP, kita juga harus menggunakan untuk sesuatu yang boleh menafaatkan seperti mendidik anak mengenai agama, dan juga hal persekolahan atau pendidikan. Jadikanlah tempoh ini bukan sebagai sesuatu yang menggusarkan, malah dengan sesuatu yang positif yang menyeronokan buat seisi keluarga,” tambahnya lagi.
Beliau juga menyarankan ibu bapa untuk sentiasa berusaha untuk memastikan makanan seimbang dan menjagakan kebersihan diri dari masa ke semasa.
“Saya difahamkan bahawa makanan seimbang itu boleh memperkuatkan lagi daya ketahanan badan ‘Body Immunity’. Ia penting di dalam kita mengekang segala penyakit untuk menyerang kita. Dan juga semestinya jagalah kesihatan diri dari masa ke semasa seperti cuci tangan dan sebagainya,” ujar Fatimah lagi.
Berkata demikian pada sidang media yang diadakan di sini, Fatimah, juga tidak menolak kemungkinan bahawa stok topeng muka dan hidung memang masih kurang di negeri ini, dan berharap perkara itu dapat diatasi segera.
“Kini kita juga menunggu 2 juta keping topeng muka dari negara Cina dan kita harus berterima kasih kepada negara tersebut walaupun kita belum tahu bila ia akan datang ke negeri ini,” katanya lagi.