Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Manfaat kemudahan bantuan Sarawak
  • TEMPATAN

Manfaat kemudahan bantuan Sarawak

Utusan Sarawak 5 years ago
SUMBANGAN… Dayang Zubaidah Abang Je menerima sumbangan daripada Datu Len yang disampaikan oleh Wanita PBB Kuala Rajang.

TANJUNG MANIS: Manfaatkan sepenuhnya kemudahan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Sarawak menerusi pelbagai agensi, ujar Ketua Kaum Kampung Baru Rajang, Rahayu Bidawi.

Katanya, agensi yang menyediakan bantuan tersebut termasuk Jabatan Pertanian.

“Penduduk terutamanya pengusaha kecil di sini perlu manfaatkan sepenuhnya kemudahan bantuan ini.

“Permohonan perlu dibuat mengikut saluran betul agar mereka yang layak menerimanya tidak terlepas pandang.

“Kaum wanita di Kampung Rajang sangat bertuah kerana berpeluang menikmati kemudahan ini,” katanya.

Tambahnya, kebanyakan golongan wanita kampung ini mengusahakan peniagaan secara kecil-kecilan termasuk membuat dan menjual kuih-muih.

“Wakil rakyat kami, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datu Len Talif Salleh sentiasa memberikan galakan dan sokongan padu kepada kami disini.

“Terkini, kami telah mewakili Datu Len untuk menyerahkan sumbangan peralatan kuih muih kepada seorang pengusaha kuih muih di sini iaitu Dayang Zubaidah Abang Je,” ujarnya.

Jelasnya, bantuan serupa dari Jabatan Pertanian masih dalam semakan untuk dimaju kepada Kementerian Permodenan Pertanian,Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah.

“Kepada mereka yang memerlukan bantuan ini, boleh mendaftar nama di Pusat Khidmat PBB Kuala Rajang di Sarikei atau Tanjung Manis atau dengan Ketua Kaum dan Ketua Ranting masing masing,” katanya lagi.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Buka akaun bank untuk mudahkan pembayaran
Next: PKPP: Masih ramai abai SOP?

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.