Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Man United sekadar seri, Ten Hag semakin tertekan
  • SUKAN

Man United sekadar seri, Ten Hag semakin tertekan

Utusan Sarawak 7 months ago

Ten Hag selepas tamat aksi antara United dengan Villa yang berkesudahan seri 0-0, sebentar tadi.

BIRMINGHAM: Manchester United mencatat keputusan seri 0-0 menentang Aston Villa, hari ini dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang penuh dengan spekulasi mengenai masa depan pengurus mereka, Erik ten Hag.

Keputusan seri itu meletakkan pasukan Unai Emery di tangga kelima liga dengan 14 mata selepas tujuh perlawanan.

United pula terperosok di tangga ke-14 dengan lapan mata dan masih mencari kemenangan ketiga mereka musim ini.

Kapten United, Bruno Fernandes, memiliki peluang terbaik apabila sepakan percumanya dari luar kotak penalti terkena palang gol pada minit ke-68.

Antony kemudian gagal menyempurnakan peluang selepas itu, selepas penjaga gol Villa, Emi Martinez, sudah terkeluar dari posisinya.

Permulaan buruk United musim ini menambahkan tekanan ke atas Ten Hag, dan keseluruhan barisan kepimpinan kanan kelab itu.

Seluruh pengurusan tertinggi pasukan termasuk pemilik bersama Jim Ratcliffe; ketua pegawai eksekutif, Omar Berrada; pengarah sukan, Dan Ashworth dan pengarah teknikal, Jason Wilcox yang hadir di Villa Park, dalam apa yang dilihat sebagai perlawanan penting buat pengurus itu.

Continue Reading

Previous: Poole juara keseluruhan LTDL 2024
Next: Kerajaan Sarawak agih RM2.25 juta insentif untuk atlet Para SUKMA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.