KUCHING: Malaysia diberikan penghormatan menjadi tuan rumah penganjuran Mesyuarat Jawatankuasa Penyelidikan dan Pembangunan Komuniti Lada Antarabangsa (International Pepper Community, IPC) Ke-15.
Mesyuarat itu menghimpunkan wakil negara anggota IPC bagi membincangkan hala tuju penyelidikan serta pembangunan industri lada di peringkat antarabangsa.
Penganjuran mesyuarat itu diselaraskan bersama oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dan Lembaga Lada Malaysia (MPB), sekali gus mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh kerjasama saintifik, perkongsian pengetahuan dan pembangunan teknologi yang menyokong kemampanan industri lada global.

Sepanjang mesyuarat, para delegasi saling bertukar pandangan mengenai perkembangan terkini penyelidikan, inovasi teknologi, cabaran industri serta potensi kerjasama rentas negara bagi meningkatkan produktiviti, kualiti dan daya saing industri lada.
MPB selaku penyelaras bersama akan terus memainkan peranan penting dalam memudah cara jaringan kerjasama antara negara anggota IPC, di samping memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai rakan strategik yang aktif dalam pembangunan industri lada di peringkat antarabangsa.

dari negara Vietnam, India, Sri Lanka, Indonesia termasuk dari Malaysia.




