Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Malaysia raih dua emas, Mohamad Aniq lebur rekod kebangsaan di Fiji
  • SUKAN

Malaysia raih dua emas, Mohamad Aniq lebur rekod kebangsaan di Fiji

Utusan Sarawak 8 months ago

KUALA LUMPUR: Jaguh angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan menebus kekecewaannya di Sukan Olimpik Paris 2024, apabila merangkul pingat emas kategori 61 kilogram (kg) di Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2024 di Suva, Fiji hari ini.

Lebih manis, badang berusia 22 tahun itu turut melebur rekod kebangsaan selepas menyempurnakan angkatan keseluruhan 298kg, mengatasi angkatan 297kg yang dilakukannya di Paris 2024, untuk menduduki tempat keempat.

Pingat perak dimenangi Morea Baru dari Papua New Guinea dengan angkatan keseluruhan 265kg manakala gangsa milik seorang lagi badang negara Mohammad Amin Hakimi Mohd Shukry dengan 243kg.

Seorang lagi wakil negara Muhammad Rahimi Sulaiman turut menyumbang pingat emas dalam kategori 55kg selepas melakukan angkatan keseluruhan 228kg.

Beliau menewaskan dua pencabar dari India,  A Maharajan yang membawa pulang perak (217kg) dan Dabulal Hembrom gangsa (202kg).

Kejohanan yang disertai 210 jaguh angkat berat dari 25 negara bermula hari hingga 21 September. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pengangkutan untuk atlet Para SUKMA mencukupi
Next: Para SUKMA: Sarawak kekal sasaran 83 emas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.