Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Malaysia nasihat rakyat tangguh perjalanan tidak penting ke Pakistan
  • SEMASA

Malaysia nasihat rakyat tangguh perjalanan tidak penting ke Pakistan

Utusan Sarawak 2 days ago
FOTO Facebook Malaysia In Pakistan.

NEW DELHI: Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad pada Rabu menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak melakukan perjalanan tidak penting ke Pakistan susulan ketegangan ketenteraan di Asia Selatan.

Suruhanjaya itu memaklumkan bahawa pihaknya sedang memantau rapi keadaan semasa di Pakistan susulan serangan peluru berpandu oleh India ke atas Wilayah Pakistan dan Kashmir yang ditadbir Pakistan pada awal Rabu.

“Suruhanjaya Tinggi sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan maklumat lanjut serta memastikan keselamatan rakyat Malaysia di negara ini. Rakyat Malaysia di kawasan terjejas juga dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan serta arahan terkini daripada pihak berkuasa tempatan,” menurut kenyataan itu.

“Sehubungan itu, rakyat Malaysia dinasihatkan menangguhkan semua perjalanan yang tidak penting ke Pakistan,” katanya lagi.

Ketegangan antara India dan Pakistan yang meningkat sejak bulan lepas memuncak pada awal Rabu susulan laporan mengenai serangan udara rentas sempadan.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: PM Anwar arah Menteri Kesihatan teliti isu penggunaan Akta 723 terhadap GP
Next: Empat dekad menabur bakti sebagai petugas Tabung Haji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.