Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Malaysia akan suaikan diri dengan era Trump
  • NASIONAL

Malaysia akan suaikan diri dengan era Trump

Utusan Sarawak 5 months ago
DATUK Seri Anwar Ibrahim menjawab pelbagai soalan berkaitan kerajaan dan isu semasa dalam sidang media yang diadakan di Subang Jaya hari ini. — Foto BERNAMA

SUBANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Malaysia mampu menjaga keutamaan dasar luar dan ekonominya di tengah-tengah perubahan dinamik global, dengan Donald Trump dijangka kembali ke Rumah Putih pada Januari.

Menekankan bahawa Malaysia bersedia untuk mengadakan libat urus dengan pentadbiran Trump, Anwar berkata penting bagi negara mengekalkan hubungan dua hala yang kukuh dengan Amerika Syarikat (AS), terutamanya dalam sektor berteknologi tinggi.

Malah, beliau berkata Malaysia telah memulakan libat urus  awal dengan pasukan Trump untuk memastikan kesinambungan hubungan dua hala yang erat dengan AS, rakan dagang dan pelaburan utama negara.

“Ramai anggota pasukan saya telah berkomunikasi dengan pasukan berpotensi Presiden Trump, dan setakat ini, usaha awal ini agak positif,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.

Anwar menegaskan kepentingan AS sebagai pelabur kumulatif utama Malaysia, di samping kuasa besar global lain seperti China dan Jerman.

“Hubungan kita dengan pemain utama ini kekal baik, Google dan lain-lain syarikat teknologi utama Amerika masih berada pada tahap yang sangat baik,” katanya.

Beliau mengakui kebimbangan mengenai kemungkinan perubahan dalam hubungan AS-China di bawah kepimpinan Trump tetapi menekankan pendekatan Malaysia untuk memupuk hubungan seimbang dengan kuasa besar dunia.

Beliau berkata pragmatisme dan keterlibatan strategik akan menjadi kunci kepada kestabilan dan pertumbuhan di rantau ini.

“Presiden Trump seorang yang pragmatik dan mempunyai kepintaran dalam perniagaan yang kuat. Kita mesti memastikan Malaysia terus mendapat manfaat daripada hubungan positif dengan AS sambil mengekalkan kestabilan serantau,” katanya.

Anwar turut mengulangi tumpuan Malaysia terhadap kepusatan ASEAN, dengan menegaskan bahawa kekuatan kolektif blok itu akan memainkan peranan penting dalam menghadapi kerumitan ketegangan AS-China di bawah pentadbiran baharu.

Trump dijadualkan mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-47 pada 20 Januari depan.-Bernama

Continue Reading

Previous: Amaran hujan tahap buruk di Sarawak, Sabah hingga esok
Next: KKM tidak pandang enteng lebih 6,000 doktor letak jawatan sepanjang lima tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.