Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Malaysia Airlines dijangka terima pesawat A330neo pertama pada suku ketiga 2024
  • BISNES

Malaysia Airlines dijangka terima pesawat A330neo pertama pada suku ketiga 2024

Utusan Sarawak 11 months ago
MENURUT Airbus, pesawat A330neo itu baru-baru ini keluar daripada bengkel cat Airbus di Toulouse, Perancis, dengan memaparkan ‘livery’ bendera Malaysia sebagai tanda pengenalan syarikat penerbangan itu.

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines dijangka menerima pesawat A330neo pertamanya pada suku ketiga tahun ini, membolehkannya menawarkan perkhidmatan di laluan merentas Asia, Oceania dan Timur Tengah, kata Airbus.

Pengeluar pesawat itu dalam kenyataan berkata pengenalan A330neo adalah komponen penting dalam strategi pembaharuan kumpulan pesawat Malaysia Aviation Group (MAG), yang bermula pada 2022 dengan pemilihan 20 pesawat A330neo.

Menurut Airbus, pesawat A330neo itu baru-baru ini keluar daripada bengkel cat Airbus di Toulouse, Perancis, dengan memaparkan ‘livery’ bendera Malaysia sebagai tanda pengenalan syarikat penerbangan itu.

“Pesawat ini akan dilengkapi dengan enjin Rolls-Royce Trent 7000 yang canggih dan menjalani ujian prestasi sebagai persediaan untuk penerbangan pertamanya.

“Pada tahap ini, semua sistem kabin juga akan diuji dengan teliti. Ini termasuk pemeriksaan menyeluruh aliran udara dan penyaman udara, pencahayaan, dapur, tandas, tempat duduk dan sistem hiburan,” katanya. 

 Airbus berkata ia akan turut menjalankan ujian prestasi umum lanjutan untuk memastikan pesawat berkenaan memenuhi semua spesifikasi dan bersedia untuk penyerahan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dijangka meningkat minggu depan
Next: Ringgit dijangka meningkat kepada 4.65 berbanding dolar AS minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.