Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Malam kebudayaan sempena Pesta Meradong 2024
  • WILAYAH

Malam kebudayaan sempena Pesta Meradong 2024

Utusan Sarawak 5 months ago

MENARIK DAN UNIK....Antara persembahan menarik dan unik bertemakan budaya Cina di Malam Kebudayaan Chung Hua. 

BINTANGOR: Malam Kebudayaan Chung Hua sempena Pesta Meradong 2024 disajikan dengan pelbagai persembahan menarik dan unik budaya Cina. 

Malam kebudayaan ini merupakan anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bintangor bersama Persatuan Foochow Meradong.

Hadir bagi merasmikan malam kebudayaan ini di Pentas Utama Pesta Meradong 2024 malam tadi ialah Penghulu Huang Tiong Kang selaku wakil Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii. 

Tiong Sii menerusi teks ucapannya yang dibacakan oleh Tiong Kang berkata, Pesta Meradong bukan sahaja mempunyai warisan sejarah yang mendalam, tetapi juga membawa konotasi budaya yang kaya.

“Budaya Cina mempunyai sejarah yang panjang dan mendalam serta telah melalui selama beribu-ribu tahun, tetapi kekal selama-lamanya. 

“Malam Kebudayaan Chung Hua merupakan platform yang sangat baik untuk memaparkan dan mempromosikan budaya tradisional kita. 

“Di sini, kita bukan sahaja menikmati persembahan lagu dan tarian tradisional, tetapi juga mendapat pemahaman yang mendalam tentang intipati budaya Cina melalui interaksi dan komunikasi,” katanya. 

Sambutan Pesta Meradong 2024 adalah salah satu detik penting untuk generasi muda Cina mewarisi budaya ini, katanya.

Turut hadir Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abd Wahab, Pegawai Daerah Meradong, Thomas Geoffrey Kendawang dan Pengerusi Pengelola Malam Kebudayaan Chung Hua, Gung Chiu Kion.

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: 1,176 penduduk Julau sertai Program Bantuan MyLesen
Next: Menjadi hak anak Sarawak dapat pendidikan percuma, tiada diamalkan negeri lain

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.