Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Majma Raya Fest kembali meriahkan Ramadan, Aidilfitri
  • TEMPATAN

Majma Raya Fest kembali meriahkan Ramadan, Aidilfitri

Utusan Sarawak 3 months ago

KUCHING: Majma Raya Fest 2025 kembali lagi dan dijangka lebih meriah dengan penyertaan 53 gerai jualan yang menawarkan pelbagai barangan keperluan Ramadan dan persiapan Aidilfitri.

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Misnu Taha menyatakan bahawa festival ini telah menjadi destinasi utama bagi warga Kuching yang ingin mendapatkan barangan persiapan Ramadan dan Hari Raya.

Menurutnya, pihak pengurusan menerima banyak permohonan daripada peniaga yang ingin menyertai jualan ini, namun disebabkan kekangan ruang, hanya 53 gerai dapat disediakan.

“Kami menerima banyak permohonan daripada peniaga yang ingin menyertai jualan ini. Namun, disebabkan kekangan ruang, hanya 53 gerai dapat disediakan.

“Alhamdulillah, berdasarkan pengalaman tahun-tahun lalu, peniaga yang berniaga di sini mendapat hasil yang amat menggalakkan,” katanya semasa ditemui pemberita pada majlis perasmian Majma Raya Fest 2025 di Majma Mall, Kompleks Islam Sarawak, Kuching hari ini.

Majma Raya Fest, yang memasuki tahun kelapan penganjurannya, akan berlangsung dari 2 Mac hingga malam terakhir Ramadan 2025, beroperasi dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam dengan lanjutan hingga 12.00 tengah malam pada minggu terakhir Ramadan.

JAWAB SOALAN… Datuk Misnu Taha menjawab soalan pengamal media semasa ditemui pada majlis perasmian Majma Raya Fest 2025 di Majma Mall, Kompleks Islam Sarawak, Kuching hari ini. Foto UKAS
TINJAU SENDIRI… Datuk Misnu Taha dan Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie semasa di Majma Raya Fest 2025 di Majma Mall, Kompleks Islam Sarawak, Kuching hari ini. Foto UKAS

Selain jualan pakaian, kurma dan keperluan Aidilfitri, pelbagai kemudahan turut disediakan, termasuk kaunter pembayaran zakat, surau serta tempat berbuka puasa.

Festival ini juga dimeriahkan dengan cabutan bertuah mingguan, bacaan al-Quran, persembahan buskers, pertandingan lagu raya, demonstrasi masakan, dan agihan bubur lambuk.

Majma Raya Fest 2025 bukan sekadar pusat jualan, tetapi juga medan memperkukuh ukhuwah dalam kalangan umat Islam, selain membantu peniaga tempatan menjana pendapatan sempena Ramadan dan menjelang Aidilfitri.

Justeru, orang ramai yang masih mencari persiapan saat akhir digalakkan untuk mengunjungi festival ini.

Turut hadir pada majlis perasmian ialah Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak, Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie. – UKAS

Tags: Aidilfitri Majma Raya Fest Ramadan TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Antara ijazah dan pengalaman: Dilema graduan muda
Next: Tun Wan Junaidi kunjungi Bazar Ramadan Stutong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.