Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Majlis kesyukuran Amcorp hargai kejayaan Pesta Air Sibu Jaya 2024
  • WILAYAH

Majlis kesyukuran Amcorp hargai kejayaan Pesta Air Sibu Jaya 2024

Utusan Sarawak 8 months ago

Sekitar majlis makan malam kesyukuran anjuran Amcorp Sibu Jaya Sdn Bhd di Buzz Station, malam tadi.

SIBU: Amcorp Sibu Jaya Sdn Bhd mengadakan majlis makan malam kesyukuran di Buzz Station malam tadi bagi menghargai semua pihak yang terlibat dalam penganjuran Pesta Air Sibu Jaya 2024. 

Bertemakan ‘Retro 70-an’, majlis yang meriah ini menyaksikan kehadiran lebih 100 tetamu, termasuk wakil dari agensi kerajaan, pelajar, media, dan semua pihak yang terlibat dalam acara tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Amcorp, Azlan Baqee Abdullah, turut hadir bersama Penolong Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran Amcorp Sibu Jaya, James Ho, serta Setiausaha Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), Ng Siang Wei.

Hidangan kambing golek panggang menjadi antara tarikan utama jamuan itu, memberikan pengalaman gastronomi istimewa kepada para tetamu.

Menambahkan kemeriahan malam itu, dua artis popular Iban, Gabriel Mawat dan Shafiq The Crew, diundang khas untuk menghiburkan para hadirin dengan persembahan mereka.

Continue Reading

Previous: Pesta Belawai bawa rezeki lumayan pengusaha inap desa, penjaja
Next: Jangan salah guna dana RTP untuk tujuan lain

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.