KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib menghadiri Majlis Jamuan Teh sempena sambutan Perayaan Hari Jadi Ke-85 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.
Ketibaan Tun Taib bersama isteri telah disambut oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dr Annuar Rapa’ee (Wakil Menteri Bertanggungjawab), Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Datuk John Sikie Tayai dan Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus dan dif kehormat yang lain.
Majlis diserikan dengan acara memotong pulut kuning oleh Tun Taib dan diiringi nyanyian lagu ‘Selamat Hari Jadi’.
Setelah itu, majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada 12 institusi kebajikan antaranya ialah Ahli Lembaga Pelawat Rumah Seri Kenangan Kuching, Ahli Lembaga Pelawat Rumah Seri Kenangan Sibu, Ahli Lembaga Pelawat Pusat Pemulihan Samarahan, Ahli Lembaga Pelawat Sekolah Tunas Bakti Kuching, Ahli Lembaga Pelawat Sekolah Tunas Bakti (P) Miri, Ahli Lembaga Pelawat Taman Taman Seri Puteri Kuching.
Selain itu, sumbangan turut diserahkan kepada Ahli Lembaga pelawat Rumah Kanak-kanak Datuk Ajibah Abol Sri Aman, Ahli Lembaga Pelawat Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah Kuching, Ahli Lembaga Pelawat Rumah Desa Bina Diri Kuching, Asrama Akhlak (L) Kuching, Asrama Akhlak (P) Kuching dan Bengkel Seri Sarawak.
Sepanjang majlis berlangsung, Tun Taib dan Toh Puan Ragad serta tetamu hadir dihiburkan dengan persembahan nyanyian dari Majlis Seni Sarawak dan kumpulan Orkestra Remaja Prodigy.
Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Datuk Liwan Lagang, Menteri Muda Di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol, Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis, isteri kepada Speaker DUN Sarawak Dato Fatimah Mohd Iskandar dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak Noriah Ahmad.
Oleh JEAKQLEYN YACHO