SIBU: Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) merancang untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di taman-taman rekreasi di bawah kawasan seliaannya, termasuk di Sibu Jaya.
Pengerusi MDLBS, Sempurai Petrus Ngelai berkata, ini adalah sebagai usaha untuk meningkatkan tahap keselamatan di semua taman rekreasi di bawah kawasan seliaan MDLBS.
“Selepas melihat keadaan taman – taman rekreasi dibawah seliaan kita akibat perbuatan vandalisma. Pihak majlis ada membuat perancangan memasang CCTV untuk mengawasi taman taman kita.
“Bagaimanapun, semua ini terpulang kepada permohonan budget ataupun peruntukan yang akan kita pohon,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berharap orang ramai berganding bahu untuk bersama-sama menjadi mata dan telinga pihak majlis bagi memastikan pihak pihak yang tidak bertanggungjawab ini dapat diawasi.
“Laporkan kepada pihak majlis secepat mungkin kejadian vandalisma. Jika boleh, mengambil gambar ataupun video bagi mendapatkan bahan bukti pihak perlaku untuk diambil tindakan sewajarnya,” tegasnya.
Sempurai juga merasa amat terkilan dengan sikap dan ketidak perihatinan perlaku vandalisma yang terterus menerus merosakan harta benda awam.
“Saya juga menggunakan peluang ini ingin menyeru semua pihak di Sibu Jaya untuk sama-sama memberteras vandalisma demi menjaga dan menyelamatkan harta benda awam terutama taman-taman rekreasi.
“Taman-taman rekreasi ini semuanya disediakan untuk kegunaan penduduk terutamanya anak-anak kita dan dijadikan tempat beriadah seisi keluarga,” katanya.
Oleh Akun Giman