Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Majlis Aidilfitri DUBS Miri platform perkukuh kerjasama usahawan, pemimpin
  • Utara
  • WILAYAH

Majlis Aidilfitri DUBS Miri platform perkukuh kerjasama usahawan, pemimpin

Utusan Sarawak 3 weeks ago
ZIARAH AIDILFITRI… Dato Sri Lee Kim Shin dan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew hadir pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri di kediaman Pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Miri, Mohammad Hafidz Rohani.

MIRI: Pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Miri, Mohammad Hafidz Rohani mengulas isu tarif perdagangan dikenakan pentadbiran bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terhadap syarikat Malaysia yang menurutnya meninggalkan kesan jangka panjang kepada iklim perniagaan.

Beliau menggesa agar Kerajaan Persekutuan terus memainkan peranan proaktif dalam menjaga kepentingan syarikat tempatan, khususnya dalam konteks hubungan perdagangan dengan kuasa besar seperti China dan Amerika Syarikat.

“Kita tidak boleh leka. Ketegangan geopolitik memberi kesan langsung kepada keupayaan syarikat Malaysia bersaing di pasaran global. Kerajaan perlu strategik dalam mempertahankan kedudukan kita di tengah-tengah cabaran ini,” katanya pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri di kediamannya di sini hari ini.

Majlis tersebut mencuri tumpuan apabila turut dihadiri beberapa pemimpin utama negeri, sekali gus memperlihatkan sokongan berterusan terhadap pembangunan usahawan tempatan.

Mereka ialah Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin, Timbalan Menteri Pelancongan yang juga ADUN Piasau, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, dan Datuk Bandar Miri yang juga ADUN Pujut, Adam Yii Siew Sang.

Majlis berkenaan bukan sekadar sambutan Aidilfitri, malah menjadi platform penting kepada usahawan, komuniti setempat dan pemimpin negeri untuk bertukar pandangan serta memperkukuh jaringan kerjasama.

Majlis yang turut disertai wakil industri, ahli komuniti pelbagai kaum serta pemimpin akar umbi itu berlangsung dalam suasana meriah, dengan hidangan tradisional Aidilfitri disajikan sebagai simbol perpaduan dan muhibah.- UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: LAKIB perkukuh pendidikan Islam di Bintulu
Next: Masyarakat Islam digesa bersatu usaha pembinaan masjid, surau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.