Mahkamah AS tolak pertuduhan tambahan dalam kes dokumen sulit Trump

Facebook
WhatsApp
BEKAS Presiden AS Donald Trump.

WASHINGTON: Hakim Daerah Amerika Syarikat (AS) Aileen Cannon menolak pertuduhan tambahan terhadap bekas Presiden Donald Trump dalam kes dokumen sulit terhadapnya, menurut satu perintah yang difailkan semalam, lapor Sputnik.

“Permohonan bekas Presiden Trump untuk Menolak Pertuduhan Berdasarkan Pelantikan dan Pembiayaan Tidak Sah ‘Special Counsel’ Jack Smith telah diluluskan mengikut Perintah ini. Pertuduhan Tambahan ini ditolak kerana pelantikan ‘Special Counsel’ Smith melanggar Klausa Pelantikan Perlembagaan Amerika Syarikat,” kata perintah itu.

Penggunaan peruntukan tetap tanpa had oleh Smith juga melanggar Klausa Peruntukan Perlembagaan AS, kata perintah itu.

Smith pada mulanya mendakwa Trump dengan 37 pertuduhan berkaitan dakwaan penyalahgunaan bahan sulit, dan kemudian memfailkan pertuduhan tambahan dengan menambah tiga lagi pertuduhan. – Bernama – Sputnik                         

20 petugas SAR digerakkan ke Long Lellang

KUCHING: Sebanyak 20 petugas daripada pelbagai agensi digerakkan ke Long Lellang pagi ini untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) susulan nahas helikopter di kawasan