Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Mahkamah Agung Colorado batal kelayakan Trump tanding jawatan presiden
  • GLOBAL

Mahkamah Agung Colorado batal kelayakan Trump tanding jawatan presiden

Utusan Sarawak 1 year ago
DONALD Trump

WASHINGTON: Mahkamah Agung Colorado semalam memutuskan bahawa Donald Trump hilang kelayakan memegang jawatan presiden di bawah Perlembagaan Amerika Syarikat (AS) dan tidak boleh bertanding dalam pengundian negeri untuk pilihan raya 2024.

“Majoriti mahkamah memutuskan Trump hilang kelayakan memegang jawatan Presiden di bawah Seksyen Tiga Pindaan Ke-14 Perlembagaan Amerika Syarikat,” kata Mahkamah Agung Colorado dalam keputusan itu.

Menurut mahkamah adalah menjadi kesalahan di bawah Kod Pilihan Raya untuk Setiausaha Negeri Colorado menyenaraikannya sebagai calon utama presiden.

Dengan keputusan itu, mahkamah membatalkan keputusan mahkamah rendah. Bagaimanapun, Mahkamah Agung AS boleh membuat keputusan muktamad.

Mahkamah berkata keputusan itu akan kekal sementara menunggu sebarang semakan oleh Mahkamah Agung AS dan Setiausaha Negeri Colorado Jena Griswold yang dikehendaki menyenaraikan nama Trump pada undian presiden 2024 sehingga menerima sebarang perintah atau mandat daripada Mahkamah Agung.

Seksyen 3 Pindaan ke-14 melarang sesiapa sahaja yang pernah mengangkat sumpah jawatan daripada memegang jawatan awam jika mereka terlibat dalam pemberontakan terhadap AS.

Dengan keputusan penting itu, Mahkamah Agung Colorado menjadi mahkamah pertama yang menggunakan Klausa Hilang Kelayakan Pindaan Ke-14 terhadap Trump menjelang pilihan raya presiden 2024, lapor Agensi Anadolu.

Sementara itu jurucakap kempen Trump Steven Cheung berkata beliau berjanji untuk segera memfailkan rayuan kepada Mahkamah Agung AS dan menyifatkan keputusan 4-3 oleh mahkamah tertinggi negeri itu “tidak demokratik”.

Saman itu difailkan oleh sekumpulan pengundi Colorado yang berhujah bahawa Trump sewajarnya hilang kelayakan atas peranannya dalam rusuhan Capitol 6 Januari 2021. – Bernama

Continue Reading

Previous: Mahkamah perintah pilihan raya diadakan semula
Next: Argentina: Ribuan penduduk adakan bantahan terhadap kerajaan baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.