Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Mahasiswa maut terjatuh dari tingkat 34 kondominium
  • JENAYAH

Mahasiswa maut terjatuh dari tingkat 34 kondominium

Utusan Sarawak 1 year ago

KUALA LUMPUR: Seorang mahasiswa sebuah universiti maut selepas terjatuh dari tingkat 34 sebuah kondominium di Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, di sini, dipercayai semasa hendak mengambil pakaiannya malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian berkenaan 8.17 malam dan mayat remaja lelaki berusia 18 tahun itu ditemukan di tingkat bawah bangunan 39 tingkat berkenaan.

“Dua saksi kejadian mendakwa remaja itu ingin mengambil sehelai baju-T yang terjatuh di kaki lima balkoni. Dia memanjat sebuah meja dan kemudian memanjat pagar balkoni, bagaimanapun dikatakan hilang keseimbangan dan terjatuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Dellhan berkata mayat telah dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pengerusi persatuan didakwa guna gelaran ‘Datuk Seri’ tidak diiktiraf
Next: Malaysia sambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Madrid terhadap Stampa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.