Maghribi dipilih sebagai Presiden UNHRC 2024

Facebook
WhatsApp
MAGHRIBI berhasrat untuk terus aktif bersama-sama ahli majlis dan semua kumpulan serantau bagi mengukuhkan dan mempromosikan kerja-kerja UNHRC.

RABAT: Maghribi semalam dipilih sebagai Presiden Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC), tahun ini. 

Daripada 47 ahli UNHRC, sebanyak 30 telah mengundi menyokong pencalonan Maghribi berbanding Afrika Selatan yang sekadar menerima 17 undi, menurut kenyataan Kementerian Luar, Kerjasama Afrika dan Ekspatriat Maghribi.

Menurut Agensi Berita Maghribi (MAP), kejayaan itu merupakan isyarat jelas daripada masyarakat antarabangsa untuk pendekatan konstruktif kerajaan dan kepimpinan, termasuk dalam isu berkaitan agama, toleransi dan perjuangan menentang perkauman, hak untuk persekitaran yang sihat dan mampan, hak pendatang dan kesan teknologi baharu.

Di bawah kepimpinan Raja Mohammed VI, Maghribi telah memantapkan kedaulatan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia dalam Perlembagaan 2011 yang sekali gus menghasilkan momentum pembaharuan berterusan, termasuk mengukuhkan demokrasi, kesaksamaan jantina, penyertaan secara inklusif dan pemerkasaan belia.

Maghribi berhasrat untuk terus aktif bersama-sama ahli majlis dan semua kumpulan serantau bagi mengukuhkan dan mempromosikan kerja-kerja UNHRC. – Bernama – MAP

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos