Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • MA63: SUPP berdiri teguh sokong Premier Sarawak
  • SEMASA

MA63: SUPP berdiri teguh sokong Premier Sarawak

Utusan Sarawak 5 months ago

AMANAT... Datuk Amar Dr Sim Kui Hian ketika berucap pada majlis penutup Persidangan Perwakilan SUPP di Kuching hari ini.

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) akan terus berdiri teguh menyokong usaha kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam mengembalikan hak-hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Timbalan Premier Sarawak merangkap Presiden SUPP, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata Sarawak akan terus melangkah dan berdaya saing dalam pelbagai bidang untuk terus mengukuhkan ekonominya.

”Kita (SUPP) akan sentiasa menyokong kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier dalam memperjuangkan dan mengembalikan hak-hak Sarawak di bawah MA63 termasuk autonomi pendidikan dan kesihatan.

”Setakat ini beberapa perkara telah berjaya dituntut oleh Sarawak seperti semua pelabuhan di Sarawak kini milik kerajaan Sarawak dan sebagainya… Dan kejayaan ini semestinya akan memberi impak positif dalam pelbagai sudut termasuk ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Persidangan Perwakilan SUPP ke-26 di Dewan Sa’ati, Ibu Pejabat SUPP, di sini, hari ini.

Majlis penutupan itu disempurnakan oleh Abang Johari dan turut dihadiri Timbalan Presiden SUPP Datuk Seri Richard Riot Jaem; Penasihat SUPP, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam dan Setiausaha Agung Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

Sementara itu, Dr Sim juga optimis pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak yang dipacu oleh pelaburan strategik dalam infrastruktur dan teknologi hijau akan terus meningkat dalam tempoh enam tahun akan datang.

”Premier kita selalu menekankan berkenaan kepentingan untuk meningkatkan pendapatan isi rumah dan dengan ekonomi yang semakin berkembang maju, Sarawak akan mempunyai keupayaan untuk meningkatkan tiga kali ganda pendapatan isi rumah pada 2030 bagi menangani jurang antara purata negara dan negeri.

”Di bawah kepimpinan Premier, kita (Sarawak) berada di landasan yang betul dan kita juga amat beruntung kerana mempunyai kestabilan politik yang membolehkan kerajaan melaksanakan dasar ekonomi jangka panjang tanpa gangguan atau perubahan yang drastik,” katanya.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: Sarawak, Kemboja teroka sinergi ekonomi, perdagangan
Next: Pertahankan usaha pemimpin terdahulu bawa keamanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.