Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Lyon buat persiapan kunjungan ke Itali
  • SUKAN

Lyon buat persiapan kunjungan ke Itali

Utusan Sarawak 5 years ago

Olympique Lyonnais' football players take part in a training session in Decines-Charpieu Groupama Stadium Training Center on June 10, 2020 as France eases lockdown measures taken to curb the spread of the COVID-19 (the novel coronavirus). (Photo by JEFF PACHOUD / AFP)

PEMAIN pasukan Lyon mengambil bahagian dalam sesi latihan di Pusat Latihan Stadium Decines-Charpieu Groupama pada 11 Jun 2020 ketika Perancis melonggarkan langkah-langkah ‘lockdown’ yang diambil untuk mengekang penyebaran Covid-19. – Foto AFP

LYON akan bertandang ke Turin untuk perlawanan kedua pusingan kedua Liga Juara-Juara UEFA mereka dengan Juventus, kata sumber yang mengetahui akan perkara itu kepada AFP semalam.

Sumber itu mengesahkan laporan dalam harian sukan Perancis, L’Equipe, berkata: “Ya, itu pasti. Ia akan diumum secara rasmi selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif UEFA (yang bermula pada hari Khamis).”

Lyon menewaskan pendahulu Serie A, Juve 1-0 pada perlawanan pertama di Perancis pada akhir Februari, dan merupakan salah satu daripada lapan pasukan yang belum menyelesaikan perlawanan pusingan mereka kerana wabak Covid-19 memaksa pertandingan ditangguhkan.

Bayern Munich mempunyai kelebihan 3-0 setelah menumpaskan Chelsea di Stamford Bridge, sementara Manchester City juga pasukan pilihan untuk layak ke suku akhir hasil kemenangan 2-1 mereka ke atas Real Madrid di Santiago Bernabeu. Barcelona terikat 1-1 dengan Napoli.

Empat pasukan – Paris Saint-Germain, RB Leipzig, Atalanta dan Atletico Madrid – telah berjaya melangkah ke suku akhir.

Jawatankuasa eksekutif UEFA akan bertemu melalui sidang video pada hari Khamis dan Jumaat dan diharapkan dapat mengesahkan penyempurnaan Liga Juara-Juara menerusi kejohanan lapan pasukan yang belum pernah dilakukan sebelum ini yang berkemungkinan akan diadakan di Lisbon pada bulan Ogos. – AFP

Continue Reading

Previous: Klopp tagih sokongan peminat
Next: Atlet tinju boleh berlatih

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.