MARUDI: Sekumpulan sukarelawan dari Miri berjaya menghasilkan lukisan mural di bahagian sisi bangunan lama di Pekan Marudi bagi menceriakan struktur bandar ini.
Lukisan berkonsepkan pelbagai jenis makanan tempatan dan kesejahteraan berjaya disiapkan tiga hari oleh lima anak muda terdiri guru pelukis, ahli perniagaan dan profesional yang lain.
Menurut salah seorang kumpulan sukarelawan tersebut Donny Koo, aktiviti sebegiini bukan sahaja memberi peluang kepada anak muda menterjemahkan bakat lukisan mereka di bangunan lama dengan cara berkhemah.
Malah katanya, ia juga memberi peluang kepada orang ramai, kelab, Persatuan bukan Kerajaan (NGO) dan organisasi lain untuk bekerjasama menyumbang mengindahkan bandar Marudi.
Beliau menyaran orgnisasi atau kelab lain datang ke Marudi untuk menyumbang tenaga dengan mengindahkan bandar Marudi dengan melakukan aktiviti seperti menghasilkan lukisan mural di sisi bangunan lama di mana Marudi salah satu pekan yang banyak tempat makanan tradisional baik di rumah panjang atau budaya dari etnik yang lain.
Katanya, dengan melakukan aktiviti ini boleh menarik pelancong datang bagi mengenali Marudi, pekan yang bukan saja kaya dengan budaya suku kaum atau makanan tempatan malah tempat aman dan harmoni.
Menurut Koo, mereka datang ke Marudi menggunakan peruntukan sendiri, baik membeli alat lukisan, makan mahupun penginapan hotel tanpa di taja mana-mana pihak.
“Kami ikhlas untuk melakukan aktiviti ini dan saya berharap dan minta kerjasama semua pihak supaya tidak merosakan lukisan dan sama-sama menjagakan kebersihan keindahan lukisan yang mereka hasilkan,” tambah Koo.
Jelasnya mereka akan datang ke Marudi lagi untuk meneruskan aktiviti yang sama minggu depan di mana Marudi masih banyak bangunan lama yang boleh dihasilkan dengan lukisan mural bagi menarik pelancong datang ke sini.
Oleh JIKU JUGUONG