Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Lukaku tersenarai dalam skuad Piala Dunia Belgium meskipun dibelenggu kecederaan
  • SUKAN

Lukaku tersenarai dalam skuad Piala Dunia Belgium meskipun dibelenggu kecederaan

Utusan Sarawak 5 hours ago
ROMELU Lukaku membuat penampilan Piala Dunia keempat beliau pada tahun ini.

BRUSSELS: Penyerang Napoli Romelu Lukaku disenaraikan dalam skuad Piala Dunia Belgium hari ini selepas dilihat berjaya mengatasi masalah kecergasannya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Lukaku dijadual menyertai penjaga gol Thibaut Courtois serta pemain tengah Kevin De Bruyne dan Axel Witsel dalam penampilan Piala Dunia keempat mereka.

Lukaku bergelut untuk beraksi bersama Napoli musim ini susulan beberapa kecederaan, manakala Courtois dari Real Madrid turut berdepan masalah kecederaan.

Jurulatih Rudi Garcia tidak menyenaraikan pemain tengah berusia 17 tahun Nathan De Cat serta Lois Openda, yang kerap berada di bangku simpanan bersama Juventus.

Belgium yang menduduki tempat ketiga pada Piala Dunia 2018 akan memulakan aksi Kumpulan G menentang Mesir pada 15 Jun sebelum berdepan Iran dan New Zealand di Amerika Utara.

Mereka akan mengadakan perlawanan pemanas badan menentang Croatia pada 2 Jun dan Tunisia empat hari kemudian. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sze Fei-Izzuddin mara ke separuh akhir Terbuka Thailand

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.