LAWAS: Tindakan segera perlu dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan untuk memastikan keselamatan awam di kawasan bandar sentiasa terjaga dengan baik.
Mustapha Mail melalui perkongsian menunjukkan satu lubang kumbahan di kawasan bandar Lawas telah rosak dan perlu diganti segera.
“Kita tidak mahu kejadian di Kuala Lumpur (tanah jerlus) beberapa hari lalu terjadi di kawasan kita. Penutup lubang ini berada di lokasi tumpuan ramai.
“Ini adalah antara penutup lubang kumbahan air yang didapati perlu diganti di kawasan bandar Lawas,” katanya kepada media hari ini.
Selain itu beliau juga berharap agar pihak berkuasa tempatan dapat memastikan beberapa jalan berlopak di kawasan bandar dapat dibaiki segera.
“Bagi kita yang menggunakan motosikal, lopak dan lubang yang tersembunyi dalam air atas jalan merupakan perangkap yang boleh mengundang kecelakaan,” tambahnya.
Oleh ADENG EDRUS
Gambar
BAHAYA…penutup lubang kumbahan air daripada besi yang telah lusuh kelihatan amat berbahaya kepada orang awam di kawasan bandar Lawas.