TUJUH daripada 10 pemain terbaik dunia akan melakukan tee pusingan pertamakejohanan LPGA Northwest namum Juara bertahan Park Sung-Hyun tidak tersenarai dalam barisan pemain tersebut.
Pemain nombor tiga dunia dari Korea Selatan masih menjalani kuarantin di negaranya susulan pandemik Covid-19 yang menghentikan musim LPGA sehingga bulan lalu dan menjejaskan jadual perlawanan.
“Oleh kerana Covid-19 yang tidak dijangka berubah menjadi pandemik yang berpanjangan, sudah tentu Saya berasa kesal tak dapat ke sana dan menunjukkan tanda sokongan dengan mengambil bahagian,” kata Park dalam catatan di laman web LPGA.
“Sebagai atlet, saya bangga apabila mengetahui kejohanan ini diteruskan walaupin bedepan pelbagai halangan.”
Kejohanan pada minggu ini di Pinnacle Country Club di Rogers, Arkansas berlansung tanpa kehadiran penonton an semua pemain akan menjalani ujian saringan kesihatan bagi memenuhi syarat ditetapkan sebelum LPGA boleh dilangsungkan kembali.
Ia kejohanan pemanas badan terakhir sebelum kejohanan utama kedua berlangsung, ANA Inspiration di Rancho Mirage, California pada 10-13 September.
Jelajah itu kembali ke Amerika Syarikat selepas pemain Jerman, Sophia Popov menang kejohanan utama pertama tahun ini di Terbuka British Wanita minggu lalu.
Park meraih kemenangan ketujuh LPGA kariernya tahun lalu di Pinnacle, mengatasi Kim Hyo-joo, Park In-bee dan Danielle Kang dengan satu pukulan.
Pemain nombor dua dunia, Kang yang telah memenangi kejohanan dua kali tahun ini, melakukan Drive Pada Kejohanan Marathon Classic awal bulan ini dalam acara jelajah yang ditangguh selama 166 hari selepas hanya empat kejohanan.
Park In-bee yang berada di ranking kelapan berada di Korea Selatan susukan pandemik Covid-19 penyakit itu sebelum ke Scotland minggu lalu, yang mana dia menduduki tempat keempat di kejohahan Royal Troon.
“Saya agak risau mengambil cuti enam bulan,” katanya. “Apakah saya akan merasa tenang? Ya, ada sedikit kebimbangan. Setelah bermain di Scotland, itu memberi saya sedikit keyakinan.”
Taufan Laura yang membawa hujan lebat melanda di venue kejohanan mewujudkan keadaan yang lembab untuk acara tersebut.
“Saya rasa green akan menjadi lembab dan anda harus memukul beberapa pin yang sangat tinggi,” kata Park In-bee.
“Saya rasa minggu ini perlu cuba dapatkan birdie, sama ada keadaan hujan atau tidak.” -AFP