Lori terbakar di kuari Sebuyau, kabin musnah sepenuhnya

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
ANGGOTA bomba menjalankan kerja-kerja overhaul selepas kebakaran melibatkan sebuah lori di kawasan kuari Sebuyau, awal pagi tadi. Foto JBPM Sarawak

SEBUYAU: Sebuah lori musnah sepenuhnya pada bahagian kabin dalam kejadian kebakaran di kawasan kuari Sebuyau awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 5.30 pagi sebelum sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira 60 kilometer dari balai.

Jentera bomba tiba di lokasi pada 7.00 pagi dan mendapati api telah berjaya dipadamkan sebelum ketibaan pasukan bomba.

Kebakaran melibatkan sebuah lori yang terbakar 100 peratus pada bahagian kabin, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut.

Pasukan bomba kemudian menjalankan kerja-kerja overhaul menggunakan satu aliran salur bantu mula bagi memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula.

Operasi berjaya dikawal pada 7.26 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada 7.51 pagi selepas keadaan disahkan selamat.

Operasi diketuai oleh Christoper dengan kekuatan enam anggota menggunakan sebuah jentera Jentera Ringan Pemadam Kebakaran dan Penyelamat (LFRT). Tiada agensi lain terlibat di lokasi kejadian.

Oleh Norman B

Marvel kembali gegarkan Comic-Con

SAN DIEGO: Peminat komik dari seluruh dunia kembali berhimpun di San Diego, California, hari ini bagi menghadiri edisi terbaharu persidangan