Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lori tangki meletup di Haiti, 24 maut
  • GLOBAL

Lori tangki meletup di Haiti, 24 maut

Utusan Sarawak 8 months ago

HAITI: Sekurang-kurangnya 24 orang terkorban manakala kira-kira 40 orang cedera apabila sebuah lori tangki meletup di barat daya Haiti, menurut Ketua Agensi Perlindungan Awam di wilayah Nippes, Fidel Nicolas. 

Letupan itu berlaku ketika mangsa cuba menadah bahan api yang bocor dari lori berkenaan, menurut saksi kepada AFP.

Letupan turut mencederakan kira-kira 40 orang, dengan beberapa mengalami kesan lecur teruk pada sebahagian besar badan mereka, kata ketua agensi perlindungan awam Haiti, Emmanuel Pierre, kepada AFP.

Katanya, angka kematian meningkat daripada 16 pada awal hari itu, selepas penyelamat menemui lebih banyak mayat yang rentung berhampiran lokasi letupan, kata Pierre.

Mereka yang cedera dibawa ke Hospital Sainte Therese di bandar pelabuhan Miragoane, kira-kira 100 kilometer (km) di barat ibu kota Port-au-Prince.

Perdana Menteri Interim, Garry Conille sudah mengadakan mesyuarat kecemasan kerajaan untuk menangani tragedi berkenaan, kata Ketua Agensi Perlindungan Awam Nasional, Emmanuel Pierre. 

Mangsa yang mengalami melecur serius seramai 19 orang itu akan dipindahkan ke hospital khusus di Port-au-Prince Selasa ini dengan menaiki penerbangan khas, hasil kerjasama Kementerian Kesihatan Awam dan kumpulan Doktor Tanpa Sempadan, tambah Pierre.

Haiti dilanda ketidakstabilan selama bertahun-tahun dan ibu kotanya hampir sepenuhnya dikuasai oleh kumpulan penjenayah.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Anthony Blinken, mengadakan lawatan pada 5 September lalu, di mana beliau menjanjikan bantuan sebanyak AS$45 juta dan menekankan keperluan untuk pilihan raya, yang tidak diadakan di Haiti sejak 2016. 

Blinken turut menyuarakan kebimbangan mengenai masa depan jangka panjang pasukan polis diketuai Kenya yang tiba dua bulan lalu dan diberi tanggungjawab bagi menstabilkan Port-au-Prince dan kawasan sekitarnya- AFP

Continue Reading

Previous: Anak keluarga diraja Norway ditahan kerana langgar perintah larangan
Next: Kematian akibat ribut, banjir di Myanmar meningkat kepada 74 mangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.