Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lori, muatan musnah terbakar
  • TEMPATAN

Lori, muatan musnah terbakar

Utusan Sarawak 5 years ago
ANGGOTA bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran lori kargo.

BINTANGOR: Seorang pemandu dan dua kelindan lori kargo muatan pelbagai barang berdepan detik cemas apabila lori mereka mengalami kebakaran ketika dalam perjalanan dari Kuching ke Sibu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, PPgB Nicholas Belulin berkata, insiden tersebut berlaku berhampiran dengan lampu isyarat Jalan Kelupu, Tanjung Genting.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 3.59 pagi tadi (semalam).

“Bertindak atas panggilan kecemasan tersebut, seramai 8 anggota bomba diketuai oleh PBK II Zulfaiza Mohamad bergegas ke lokasi kebakaran lori,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan, pagi semalam.

Jelasnya, setibanya di lokasi kebakaran, didapati lori kargo tersebut telah terbakar sebanyak 80 peratus.

“Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan dua aliran ‘hose reel’.

“Oleh kerana kawasan berdekatan tiada sumber air, pasukan bomba terpaksa berulang alik mengambil air dari pili bomba berdekatan sehingga kebakaran dapat dipadam sepenuhnya.

“Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya dan operasi memadamkan kebakaran tamat pada jam 6.55 pagi,” ujarnya.

Tambahnya, tiga mangsa berusia lingkungan umur 23 hingga 34 tahun dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Kajian pengeluaran durian berkualiti giat dijalankan
Next: Pegawai polis bersubahat seludup PATI ditangkap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.