Lori 10 tan terbakar di Kota Samarahan

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA bomba menjalankan operasi pemadaman sebuah lori 10 tan yang terbakar kira-kira 80 peratus di Taman I-Mas Village, Lorong 6, Kota Samarahan awal pagi tadi. Foto JBPM

KOTA SAMARAHAN: Sebuah lori 10 tan terbakar kira-kira 80 peratus dalam kejadian di Taman I-Mas Village, Lorong 6, di sini, awal pagi ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.08 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati kebakaran melibatkan sebuah lori 10 tan yang telah terbakar kira-kira 80 peratus.

“Kebakaran tersebut tidak melibatkan sebarang mangsa,” kata Komander Operasi, PBK II (TBK I) Hussein Tekok dalam satu kenyataan, hari ini.

Setelah api berjaya dipadamkan dan lokasi disahkan selamat, pasukan bomba menamatkan operasi sebelum bertolak balik ke balai.