Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Loji beroperasi guna genset, tiga daerah terjejas bekalan air  
  • Tengah
  • WILAYAH

Loji beroperasi guna genset, tiga daerah terjejas bekalan air  

Utusan Sarawak 2 months ago
BEKALAN air di tiga daerah bakal mengalami gangguan disebabkan oleh masalah bekalan elektrik.
Foto JBALB Sarawak

SARATOK: Bekalan air di Daerah Saratok, Pusa dan Debak mengalami gangguan bekalan air disebabkan oleh masalah bekalan elektrik.

Menurut jurucakap Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak, setakat ini, kerja-kerja membaik pulih masih giat dijalankan. 

“Untuk makluman, gangguan bekalan elektrik di Loji Rawatan Air Kaki Wong berlaku dari 4.00 pagi sehingga 10.00 pagi.

“Sepanjang masa gangguan bekalan elektrik, loji masih dapat beroperasi dengan menggunakan genset.

“Selepas gangguan bekalan elektrik kembali normal, suis utama di Loji Rawatan Air Kaki Wong tidak dapat dihidupkan,” katanya.

JBALB Sarawak menjelaskan keadaan ini telah mengakibatkan Loji Rawatan Air Kaki Wong tidak dapat beroperasi selepas gangguan bekalan elektrik.  

“Ini telah menyebabkan gangguan bekalan air di Daerah Saratok, Pusa dan Debak.

“Pihak kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul kepada para pengguna,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Enam pegawai, anggota polis bersara terima pingat, penghargaan
Next: Klinik Kesihatan Jalan Lanang beroperasi secara berperingkat selepas terjejas banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.