Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Liza Aziz juara GV11
  • HIBURAN

Liza Aziz juara GV11

Utusan Sarawak 3 months ago
LIZA Aziz diumumkan sebagai juara program realiti Gegar Vaganza musim kesebelas (GV11) malam tadi. Foto ASTRO

MENEPATI jangkaan ramai, penyanyi Liza Aziz diumumkan sebagai juara program realiti Gegar Vaganza musim kesebelas (GV11) malam tadi.

Liza yang mempertaruhkan lagu I Surrender (Celine Dion) berjaya menewaskan lima peserta lain iaitu Ning Baizura, Sheila Abdul, Dyrga Dadali, Zehra Zamri dan The Lima sekali gus membawa pulang wang tunai RM100,000 dan trofi sumbangan Astro.

LIZA membawa pulang wang tunai RM100,000 dan trofi sumbangan Astro. Foto ASTRO

Liza yang mendapat markah sebanyak 77.89 peratus memberikan persembahan duet mantap bersama Kris Dayanti menerusi lagu Cinta dan pusingan battle bersama Ning Baizura, Zehra Zamri dan Sheila Abdul menerusi lagu Angkat.

AKSI juara GV11 ketika mendendangkan lagu I Surrender. Foto ASTRO

Sementara itu, tempat kedua pula dimenangi oleh Ning Baizura menerusi lagu A Moment Like This mendapat markah 71.04 peratus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM 50,000 dan trofi.

Tempat ketiga dan keempat dimenangi Sheila Abdul (66.61 peratus) dan Dyrga Dadali (66.23 peratus) dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 dan RM20,000 berserta trofi.

Pemenang tempat kelima dan keenam dimenangi oleh Zehra Zamri (64.38 peratus) dan The Lima (63.42 peratus) berjaya meraih hadiah wang tunai RM15,000 dan RM10,000 termasuk trofi kemenangan masing-masing.

LIZA memberikan persembahan duet mantap bersama Kris Dayanti menerusi lagu Cinta. Foto ASTRO

Konsert kemuncak GV11 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad yang berlangsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menampilkan tiga juri iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Pentas akhir GV11 membawa tema ‘It’s Final’ menampilkan peserta mempersembahkan tiga tugasan utama iaitu solo, duet dan battle.

PERSEMBAHAN BATTLE... Liza beraksi dalam pusingan battle bersama Ning Baizura, Zehra Zamri dan Sheila Abdul menerusi lagu Angkat. Foto ASTRO

Malam kemuncak itu turut diserikan dengan persembahan Datuk Jamal Abdillah, Krisdayanti, Pasha Ungu, Jaclyn Victor, Taufik Batisah dan kumpulan Dolla.

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Barbie Hsu meninggal dunia akibat pneumonia
Next: Cakra Khan akan adakan konsert solo di Singapura, Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.