Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Liverpool perlukan satu kemenangan lagi untuk sahkan kejuaraan
  • SUKAN

Liverpool perlukan satu kemenangan lagi untuk sahkan kejuaraan

Utusan Sarawak 4 weeks ago
TONGGAK Liverpool, Trent Alexander-Arnold meraikan jaringan ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Leicester City di Stadium King Power, Leicester.

LEICESTER: Pesta Liverpool terpaksa ditangguhkan untuk beberapa hari lagi biarpun berjaya meraih tiga mata penuh dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) ke atas Leicester City, malam tadi.

Dalam aksi itu, Liverpool menang tipis 1-0 dan kemenangan itu belum cukup untuk menobatkan The Reds kejuaraan liga apabila pesaing terdekat Arsenal turut berpeluang merebut trofi apabila menewaskan Ipswich Town 4-0.

“Hari ini (Alexander-Arnold) tahu apa yang paling penting jadi dia memberikan apa yang semua pemain terbaik ada,” kata pengendali Liverpool, Arne Slot.

Tanpa mengira keputusan Arsenal di Palace, skuad kendalian Slot akan mengesahkan kejuaraan dengan menewaskan Tottenham di Anfield pada Ahad.

“Kami akan fokus kepada Tottenham dan menanti perlawanan di laman sendiri. Saya rasa stadium akan penuh. Ia perlawanan yang cukup indah,” katanya yang bakal menjadi pengendali dari Belanda pertama memenangi gelaran Liga Inggeris.

Liverpool mengumpul 79 mata manakala Arsenal 66 dengan lima perlawanan berbaki.

Ketika Liverpool semakin hampir untuk menyamai rekod 20 kejuaraan Liga Inggeris, kekalahan Leicester mengesahkan kepulangan mereka ke Liga Kejuaraan selepas hanya semusim.

Kelab Midlands itu kini sudah tersingkir daripada liga tertinggi Inggeris sebanyak 13 kali, tertinggi untuk mana-mana kelab.

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Arsenal tangguh kejuaraan Liverpool
Next: Saka cedera ketika Arsenal belasah Ipswich 4-0

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.