Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Liverpool perlu bangkit semula – Van Dijk
  • SUKAN

Liverpool perlu bangkit semula – Van Dijk

Utusan Sarawak 8 months ago

Virgil van Dijk. Foto AFP

LONDON: Virgil van Dijk menggesa Liverpool bangkit semula selepas kekalahan ‘tidak boleh diterima’ di tangan Nottingham Forest ketika The Reds bersiap sedia untuk memulakan kempen Liga Juara-Juara.

Hanya beberapa hari selepas kekalahan mengejut 0-1 kepada Forest dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), skuad bimbingan Arne Slot memulakan format baharu Liga Juara-Juara dengan bertandang ke AC Milan, Rabu ini.

Selepas memenangi tiga perlawanan pertama di bawah era Slot, Liverpool menerima tamparan dimalukan Forest dekat Anfield, Sabtu lalu.

Kapten Liverpool, Van Dijk mahu kekalahan itu menjadi pembakar semangat untuk menewaskan Milan dan segera mengembalikan kempen mereka ke landasan yang tepat.

“Kami mempunyai kumpulan pemain yang sangat bagus, yang benar-benar memahami bahawa kekalahan itu sukar untuk diterima,” kata bek tengah Belanda itu.

“Kami semua tahu bahawa setiap individu boleh melakukan yang lebih baik dan kami perlu menunjukkannya pada Rabu ini.

“Kami pernah mengalami kekalahan dan detik sukar bersama. Bagi saya kami perlu terus kekal bertenang.

“Kami memerlukan seluruh skuad dan kami tahu selepas rehat antarabangsa kami akan mengharungi perlawanan setiap tiga hari, jadi kami memerlukan semua pemain berada pada tahap terbaik,” katanya lagi.

Sebelum itu, Liverpool mempamer aksi mengagumkan ketika meraih kemenangan ke atas Ipswich, Brentford dan Manchester United.

Continue Reading

Previous: Kekangan dana, Machan FC tarik diri Liga Semi Pro
Next: Boris Becker menikahi teman lamanya di Itali

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.