Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Liverpool gagal pertahan Piala Liga
  • SUKAN

Liverpool gagal pertahan Piala Liga

Utusan Sarawak 2 months ago
JUARA…Pemain Newcastle United meraikan kejayaan menjuarai Piala Liga selepas menunpaskan Liverpool 2-1 pada final di Stadium Wembley, London awal pagi tadi. – Foto AFP

LONDON: Liverpool gagal mempertahankan kejuaraan apabila tewas 2-1 kepda Newcastle United pada aksi final Piala Liga awal pagi tadi.

Turun dengan status sebagai juara bertahan, Liverpool hadir ke final dengan misi penting menambah kejuaraan ke-11 Piala Liga manakala Newcastle United mahu memburu gelaran juara sulung pada kali ini.

Penguasaan bola jelas memihak kepada The Reds sejak awal permainan namun masih gagal melakukan sebarang percubaan merbahaya ke arah gawang Newcastle United.

Sebaliknya, The Magpies terlebih dahulu di hadapan hasil jaringan pertahanan kiri, Dan Burn yang menanduk masuk tendangan penjuru oleh Kieran Trippier pada minit ke-45.

Separuh masa pertama tamat, Liverpool 0-1 Newcastle United.

Kembali dari rehat, gawang Liverpool bolos untuk kali kedua apabila penyerang berbisa, Alexander Isak merembat deras bola hasil tandukan Jack Murphy dan menewaskan Kelleher.

Hasrat Liverpool bagi menjaringkan gol pertama akhirnya menjadi kenyataan menerusi jaringan Federico Chiesa namun sudah terlambat untuk menafikan kemenangan Newcastle United.

Aksi di Stadium Wembley berakhir dengan keputusan 2-1 memihak Newcastle United.

Ini adalah kejuaraan Piala Liga sulung untuk Newcastle United setelah gagal dalam dua percubaan sebelum ini pada musim 1975-1976 dan 2022-2023.-AFP

Continue Reading

Previous: Arsenal kembali kejar Liverpool
Next: Natxo, Sumareh perkuatkan skuad – Cklamovski

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.