Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lintar pintas, bangunan nyaris terbakar
  • TEMPATAN

Lintar pintas, bangunan nyaris terbakar

Utusan Sarawak 5 years ago
ANGGOTA bomba melakukan pemeriksaan ke atas suis utama yang terbakar.

SARIKEI: Sebuah bangunan di Jalan Haji Karim di sini nyaris terbakar susulan kebakaran pada suis utama di tingkat tiga, Rabu lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian sekitar 9.40 malam.

“Sejurus menerima laporan, sepasukan anggota bomba bersama sebuah jentera pemadam dan Jentera Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Ketika pasukan bomba tiba di lokasi, didapati berlaku percikan api pada suis utama.

“Bagaimanapun, tiada operasi pemadaman dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurut Mahmudin, kebakaran tersebut tidak membabitkan struktur bangunan.

“Tiada kecederaan mahupun kehilangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran tersebut.

“Setelah memastikan keadaan terkawal dan selamat, pasukan bomba bertolak balik ke balai sekitar jam 10.09 malam,” ujarnya.

Continue Reading

Previous: Jual produk secara dalam talian
Next: Lori langgar tiang telekomunikasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.